Friday, July 9, 2010

Laut dan Melayu 5 Pelayaran Lagenda

Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kap ur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu.

Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia ang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'.

Perahu Melayu atau 'prau'/'parao'(pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.

Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:

Ancient Malay

Abah (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)

Ancient Hebrew

Abba
Dath
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)

Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.

Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment