Friday, July 9, 2010

Laut dan Melayu 7 - pedagang melayu

Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.

Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.

Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis:

"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"
(Holmgren (1980), p. 76)

No comments:

Post a Comment