Wednesday, April 24, 2013

Kerajaan Patani di Ternate

Ternate di buka dari Semenanjung.

Di dalam buku 'Penyebaran Islam dan Salasilah Ulama Sejagat Dunia Melayu (Pengenalan Siri 1), halaman 34-35 telah penulis sebut tentang Patani di Ternate (Halmahera) di bawah subjudul Terdapat Dua Kerajaan Patani, , ialah sebuah Kerajaan Patani yang terletak di Semenanjung Melayu (sudah cukup diketahui ramai) dan sebuah lagi kerajaan Patani yang terletak di Pulau Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.


Sultan Babullah ,Sultan di Ternate adalah putera Sultan Abu Abdullah Umdatuddin (Cam) yang asal usulnya dari Patani yang meng-asaskan berdirinya kerajaan Patani di Ternate (Halmahera) 


Hubungan Patani (di Semenanjung/Segenting Kera) dengan Halmahera/Ternate, dan hubungan Halmahera/Ternate yang terjalin sejak lama dengan Buton, maka tidak mustahil terjalin hubungan antara Patani (di Semenanjung/ Segenting Kera) dengan Buton. 


Hubungan Patani dengan Johor pula sangat erat melalui perkahwinan kerabat diraja, ulama dan orang awamnya. Barangkali Haji Abdul Ghaniu Buton yang dikatakan sewaktu pulang dari tanah Arab tidak langsung ke Buton, tetapi sempat tinggal di Johor disebabkan kerana jalinan keakraban yang penulis sebutkan. 


Malah, terjadi perkahwinan antara anak lelaki Haji Abdul Ghaniu Buton dengan puteri Sultan Johor, seperti disebutkan oleh La Niampe. Kalau memang dikenal nasab dan keturunan seorang bangsawan atau orang baik-baik, pada zaman itu tidaklah mudah untuk berkahwin dengan seorang puteri seseorang sultan. 

Dalam sejarah terdahulu dari ini, pernah terjadi perkahwinan antara seorang bangsawan Buton dengan puteri Raja Haji asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak. Walaupun ayahnya berasal dari Bugis/Luwuk, namun beliau lebih diakui sebagai golongan Diraja Riau-Johor.

Dalam hal ini, kemungkinan Haji Abdul Ghaniu Buton adalah keturunan salah seorang ulama yang datang ke Buton, dan dalam hal ini adalah Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman yang melayakkan anak laki-laki beliau dapat kahwin dengan puteri Sultan Johor

Dengan informasi di atas dapat dipastikan bahawa sejak lama ada hubungan antara Patani, Cam/Campa/Kemboja, Jawa, Ternate, dan tempat-tempat lainnya. Sehubungan dengan wujudnya dua Kerajaan Patani (di Segenting Kera dan Ternate) telah disebut mengenainya oleh Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi di dalam Pendidikan Islam di Malaysia (manuskrip) katanya,“…sebuah negeri bernama Patani di Halmahera, dalam daerah Tidore, di Timur Laut Semenanjung Halmahera berbatasan dengan daerah Maba dan Weda…” dan juga telah disebut oleh Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama(Dr.) Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri di dalam bukunya Tarsilah Brunei tertulis …” Sheikh Amin dan Sheikh Umar menyebarkan agama Islam di Halmahera Belakang, Maba, Patani dan sekitarnya…”. Dengan terdapatnya informasi ini maka masih dapat diambil kira bahawa ada hubungan antara Patani (Segenting Kera) dengan Patani di (Ternate),